Sunday, October 24, 2010

TEMPAT PELANCONGAN DI SUNWAY LAGOON

Sunway LagoonSunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.

TEMPAT PELANCONGAN DI KUCHING WATERFRONT

Kcuhing Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan denganKuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.

TEMPAT MENARIK DI PULAU TIOMAN

Salah satu Pulau yang tercantik di Malaysia, anda boleh lawati ialah di Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang. Airnya jenih boleh mempesonakan sesiapa sahaja yang memandangnya. Percutian anda memang tidak sia-sia kerana anda dapat merasai alam semulajadi yang bebas dari pencemaran. 

Taman Lagenda
Merupakan taman-taman indah yang dihiasi bungaan tempatan dalam pelbagai warna, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman seluas 50 ekar ini telah direka dan dihiasi dengan pameran yang mengisahkan mitos dan legenda pulau tersebut. la mengandungi 17 tugu dan setiap satu membawa sebuah kisah yang menarik.